Setelah penat beraya dengan manusia, kali ni kita beraya dengan ikan pula. Peluang sementara KL lengang dari manusia digunakan dengan sebaiknya untuk melawat Aquaria yang jika pada hari kebiasaannya pasti akan sesak tatkala hari cuti.

Dibandingkan dengan Langkawi punya aqua world, di KL lebih hebat dengan susun atur exibition yg lebih menarik dan interaktif.

Sudah hampir tak pun lebih setahun KL Aquaria dibuka, tetapi keramahan staff dan penyambut tetamu rasa seperti tempat ni baru dirasmikan semalam, sesuatu yg kini tiada lagi dirasai di Langkawi.

Harga memang mahal, tetapi atleast sekali kita harus berkunjung seisi keluarga ke tempat menarik sebegini.

Go to Photo Gallery »