SELANGOR sekali lagi memulakan saingan Liga Super musim ini dengan dibolosi lawan sebelum bangkit memastikan kemenangan.
Selepas hampir dinafikan kejuaraan Piala Sultan Ahmad Shah, Sabtu lalu, skuad Merah Kunig mengulangi drama kebangkitan dengan menewaskan Kuala Lumpur 4-1 di Stadium Shah Alam, semalam.
Kuala Lumpur membuka jaringan melalui Yong Kuong Yong yang tidak dikawal dan mudah menanduk masuk sepakan percuma Azwan Abd Malek untuk meletakkan pasukan yang baru dinaikkan ke Liga Super musim ini di hadapan.
Merah Kuning kemudian bangkit melancarkan serangan bertali arus dan gol penyamaan muncul pada minit ke-34 melalui Mohd Safee Sali sebelum Amri Yahyah menggandakan jaringan pada minit ke-58. R Surendren menambah dua gol pada minit ke-78 dan 88 untuk kemenangan tuan rumah.
Di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang memperolehi gol pantas melalui Mohd Failee Ghazli seawal minit kedua sebelum R Surendran menyamakan kedudukan Pahang seminit kemudian. Namun, jaringan Mohd Naim Naseer Khan pada minit ke-62 memastikan tuan rumah memungut mata penuh dengan kemenangan 2-1.
Di Stadium Perak, Ipoh, Terengganu mengejutkan tuan rumah 3-1 hasil jaringan Mohd Ashaari Shamsuddin (m-4, m-76) dan Mohd Firdaus Faudzi (m49) manakal gol tunggal Perak dihasilkan Mohd Saufi Saadi pada minit ke-57.
Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, T-Team sekadar seri tanpa jaringan ketika melayan kunjungan KL Plus.


Today: 0
Yesterday: 0
Overall: 930
Guests : 7
Members : 0
Total: 7



