Home Jadual Forum Facebook Weblinks

Login
Username:

Password:


Lost Password?

Register now!
Menu Utama
Facebook
Iklan
Polls
Confirm! P.Pinang Liga Perdana musim depan?
Memang confirm!!!
Dijamin kekal Liga Super!
Rilek dulu... ada game lagi ni...
Liga Super
Team Pts F-A
Selangor 16 18-7
Terengganu 14 14-4
Kedah 13 11-4
Kelantan 12 10-3
Perlis 11 5-3
Pahang 10 8-10
Johor FC 10 7-6
N.Sembilan 8 6-5
K.Lumpur 7 4-7
T Team 6 5-7
Perak 5 5-10
KL Plus 5 5-6
P.Pinang 4 5-17
Johor 1 1-15

Member Stats
Membership:
Today: 0
Yesterday: 0
Overall: 930
Latest: shah82

People Online:
Guests : 3
Members : 0
Total: 3
Online List [Popup]
67.195.114.***UNITED STATES
66.249.69.***UNITED STATES
38.107.191.***UNITED STATES
Be A Follower
New Page 1
Counter
   Register now on My Site!    Login

Berita Harian : Felda, Sarawak cipta kejutan
Posted by Mr.Webmaster on 2010/2/7 9:44:50 (234 reads)
Berita Harian

FELDA United dan Sarawak tampil mencipta kejutan dalam saingan Piala FA apabila masing-masing berjaya menyingkirkan pasukan Liga Super - Pahang dan Pulau Pinang - pada perlawanan kedua, pusingan pertama, malam tadi.

Namun, jejak langkah dua pasukan Liga Perdana itu ke pusingan kedua gagal diikuti Harimau Muda yang tersingkir 4-3 secara agregat kepada KL Plus walaupun mendahului 2-1 pada timbal balik pertama.

Felda meraih kemenangan 3-1 untuk menyingkirkan Pahang 4-2 atas perkiraan agregat manakala Sarawak yang berada pada kedudukan kedua tercorot menyingkirkan Pulau Pinang berdasarkan jaringan di tempat lawan selepas kedudukan terikat 2-2 selepas dua perlawanan timbal balik.

Di Stadium Cheras, Pahang mengikis kelebihan jaringan tempat lawan Felda tempoh hari apabila mendahului menerusi rembatan padu R Karthigesu pada minit ke-18.

Namun, Felda bangkit dengan tiga jaringan seterusnya oleh Amir Shahreen Mubin (m-66), sepakan percuma (m-69) dan penalti Nazrul Erwan Makmor (m-76) untuk menempah tiket ke pusingan seterusnya.

Di Stadium Kuching, penalti Abg Zafari Osman tepat pada detik akhir membolehkan Sarawak mara atas jaringan tempat lawan ketika perlawanan pertama berakhir dengan kemenangan 2-1 buat Pulau Pinang.

Di Stadium Hang Jebat, Harimau Muda gagal mengambil kesempatan lawan yang beraksi dengan 10 pemain selepas Azrul Azmi dilayangkan kad kuning kedua minit ke-68 selepas mengasari Haziq Zikri Alias.

Pasukan Liga Super yang mengiringi juara bertahan, Selangor dan Kelantan yang mendapat bye adalah bekas juara, Kedah, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Perak, T-Team dan Terengganu.

Printer Friendly Page Send this Story to a Friend
The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.

 Re: Felda, Sarawak cipta kejutan

Posted: 2010/2/7 18:21  Updated: 2010/2/7 18:21

berasjati

Trial Player
Joined: 2010/2/2
From:
Posts: 8
memalukan..!!!!!!!!!!!!!!!xtau dah apa nk dikata..????

 Re: Felda, Sarawak cipta kejutan

Posted: 2010/2/10 8:51  Updated: 2010/2/10 8:51

Rooney_MU

Team Manager
Joined: 2006/5/31
From: dekat London
Posts: 884
mcm tahi lg....
Home Jadual Forum Facebook Weblinks
 © Haria! Penang Online 1999-2010. All Rights Reserved.